Wednesday, February 25, 2015

Kambing Golek by Yok Mampir Catering

Grilled Lamb by Yok Mampir. 
We had probably, amongst the best 'Kambing Golek' accross the country. Nothing much to describe here, simply the best or 'terbaik!' yes, with exclamation mark. It was catered by Yok Mampir Maju Enterprise and we are proud to recommend you to try for any event or occasion.

Penat pula rasanya memerah otak nak elaborate dalam bahasa penjajah ni. hehehe..Ok la, gambar dibawah ni adalah saya dan owner Yok Mampir. Beliau 'Chef Ezham Zamzuary' sendiri telah turun padang to make sure everything are in order. Terbaik bukan?

With Yok Mampir Owner!
Yok Mampir sudah lama juga beroperasi dalam industri catering ini, maka tidak hairanlah kalau mereka mampu melaksanakan tugasan dengan sangat sempurna sekali. That is my thought anyway.  Semua tetamu yang hadir di kenduri Aqiqah anak-anak kami juga telah memberikan feedback yang amat positif.

So, if you want to try it, please do contact Chef Ezham as per below;


Yok Mampir  - Quotation

Sunday, February 22, 2015

Satay Tulang Jelebu, The one and only!

Satay Tulang Jelebu
Satay Tulang Jelebu @ Senawang. 
The one and only 'Satay Tulang Jelebu' makan sekali ingat sampai bila bila!. Pasti ramai yang nak tahu, apakah itu Satay Tulang. Pelik benar bunyinya kan? Kami ke Senawang, Negeri Sembilan untuk mencari jawapan. Memang perghh, hebat betul rasanya! Bagi yang mengemari bahagian tulang ayam dari rawan ke kerangka, pasti akan meminati Satay Tulang ini.

Satay Tulang Jelebu
Satay Tulang

Terus terang saya ke mari adalah kerana keunikkan Satay Tulang ini. Tulang pun buleh buat Satay? Namun, setelah mencuba, memang akan ingat sampai bila bila! hehehe..saya bagi thumbs up la. Sedap sekali!

Satay Tulang Jelebu
Satay Tulang
Bagi yang sudah mencuba, seperti saya, pasti anda  teruja dan terkejut dengan keistimewaan Satay Tulang. Bagi yang belum dan ingin mencuba, 'Satay Tulang Jelebu' terletak di Jalan Taman Komersial Senawang 5 or Jalan Taman Komersial Senawang 4, Seremban, Negeri Sembilan. Operating hour pula dari 6 ptg hingga 3 pagi. Tapi kena cepat ya, panjang betul waiting list diorang.

Follow below directions if you're coming from North/South Highway(PLUS); 

1. Take exit 220-Senawang toward Senawang/K. Pilah
2. After Toll, continue onto Jalan Senawang/Persiaran Senawang until you see Giants Super Market and McDonald on your right(the distance approximately 5km and you will pass couple of traffic lights)
3. Turn right at traffic lights after McDonalds and turn left onto Jalan Taman Komersial Senawang 5.

Saturday, February 14, 2015

Minum petang di Cendol House, Kg Melayu Majidee.

Cedol Pulut
Cedol Pulut @ Cendol House 
Kalau terasa nak makan cendol di Johor Bahru, why not, kita try Cendol House at Kampung Melayu Majidee. Actually, semalam kami ke Kg Melayu untuk mencari ayam golek tetapi lain pula yang kami jumpa. The Cendol House, konsepnya sangat menarik dan tempatnya juga selesa. Sesuai untuk seisi keluarga lepak-lepak minum petang. Just look at our kids, they had a good time and senang untuk ibu & ayah menikmati cendol.

Cendol House @ Kg Melayu Majidee
Cendol House @ Kg Melayu Majidee 
For the main menu, they serve four types of cendols; Cendol Biasa, Cendol Jagung, Cendol Pulut and Cendol Special. Other menu also available, such as Goreng Pisang, Rojak Buah, Kuey Teow Goreng, wide selection of beverages and many more.

So, kalau anda nak ke sana, Cendol House berada di;

Cendol House
Jalan Rahmat(di simpang Jalan Utama)
Kg Melayu Majidee
Johor Bahru 
Waktu Operasi: 11am - 6pm



 

Thursday, February 12, 2015

Me'nate Steak Hub - Harga Steak Mencecah RM9,388.50?

Me'nate Steak House
Me'nate Steak House
Baru-baru ini gambar resit makan di Me' nate Steak Hub yang harganya mencecah sehingga RM9,388.50 telah dimuat naik di laman social dan terus menjadi viral. Kenapa mahal sangat sampai beribu-ribu ringgit? Sebelum membuat sebarang andaian negatif, lebih baik rasanya Selera Malaysia pergi siasat dahulu. Ok lah, next time turun KL, kita buat plan ke sana, and then baru buat review kaw kaw.

Me'nate Steak House
Selections
Sementara itu, sedikit info untuk semua tentang pemilik restoren.  Beliau ialah En Mustaffa Othman yang juga merupakan seorang pakar daging yang pernah berkhidmat di Istana Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London dan berkhidmat semasa mendiang Puteri Diana lagi.

Pada pendapat SM (belum lagi ke sana tau), di restoren ini,  steak yang dijual dalam lingkungan harga RM30-RM500 per gram. Jadi kalau lah anda berhasrat untuk ke sana, pastikan anda tahu apa yang nak diorder ya? Kalau poket tu koyak, order yang biasa-biasa sudah la.  Jangan pula nanti terkejut bila resit sampai, ambil gambar then terus upload ke laman social.

Tahukah anda daging Wagyu (diceritakan daging dari lembu yang diurut) itu sendiri sudah mahal harganya!

Matsusaka Wagyu
Matsusaka Wagyu
Bagi yang berminat untuk mencuba, Restoren Me'nate Steak Hub berada di;

Alamat: 16, Jalan Kerja Air Lama Satu, 
             Taman Shuet Liang Ampang, 
              Selangor.
Tel:        012-911 1777 

Saturday, February 7, 2015

Makanan Barat Halal - Star Deli Nong Chik Heights

Makanan Barat Halal
Makanan Barat Halal - Restoren Star Deli. 
Kalau terasa nak makan ala-ala western di Johor Baharu, kami cadangkan anda untuk mencuba restoren makanan barat halal Star Deli. Ini adalah kali pertama kami ke sini dan terus selesa dengan suasana restorennya yang tenang. Servis pula pantas dan yang paling penting, layanan yang diberikan sungguh mesra.

Lamb Chop Halal
Lamb Chop
Pelbagai pilihan makanan barat disediakan disini, namun kami hanya sempat untuk mencuba empat  hidangan iaitu Lamb Chop, Fish & Chip, Kids Bolognese dan Fries Melt Cheese. Untuk Kids Bolognese, mungkin pihak Star Deli dapat mengurangkan sedikit tahap kepedasan  supaya bersesuaian dengan selera kanak-kanak. Namun  secara keseluruhan kami amat berpuas hati dan pasti akan kembali untuk mencuba menu-menu yang lain. 

Fish & Chips
Fish & Chip dan Cheese Fries
Total untuk makan tengah hari kami pada hari ini ialah RM74.25 termasuk service tax;
  • Lamb Chop - RM 24.90
  • Fish & Chip - RM 16.90
  • Chees Fries - RM 9.90
  • Kids Bolognese - RM 9.90
  • Tea Chamomile - RM6.90
Jika berminat, Restoren Star Deli berada di:

Alamat: 22, Jalan Kolam Air, 01 Taman Nong Chik Heights, Johor Bahru 
Telefon:  07-207 0496
Waktu operasi: setiap hari dari 12.30 pm - 11.30 pm

Monday, January 26, 2015

Macam-macam ada di Singgah Selalu, Johor Bahru

Singgah Selalu
Singgah Selalu 
Aku melangkah ke tahun 2015 dengan penuh debar. Harga minyak jatuh, harga barang tak turun, anak masuk darjah satu, gaji tak naik. Ada dua cara sahaja yang mampu untuk mengatasi masalah yang amat berat ini. Cara pertama, cari extra income dan  cara yang kedua pula, berjimat cermat.

Aku pilih untuk berjimat cermat. Nak cari income lebih tu buleh, tapi takut nanti tak banyak free time bersama family pula.  Buleh dikatakan hampir setiap hari, aku bawa bekal ke pejabat dan makan malam pula dirumah. Average, lima hari dalam seminggu mesti makan masakan dirumah. Hebat tak? 

Jimat tu, jimat juga, jangan sampai jadi macam Haji Bakhil sudah. Itu kedekut namanya..Sekali sekala, bawa la famili makan di luar. So, untuk mengelakan dari menjadi Haji Bakhil, setiap Ahad(selalunya lepas ambil tuan puteri balik sekolah) aku terus bawa famili aku lunch out. Just fyi, takut korang konfius, aku ni duduk JB, so Ahad sekolah.

Singgah Selalu
Singgah Selalu
Ahad lepas, we had lunch at Singgah Selalu Restaurant. Ok tempat ni, macam-macam hidangan makanan ada, Malay, Chinese, Indian, Arabic, Western dan macam macam lagi. Harga pun buleh tahan mahalnya, tapi sekali sekala ok kot. Lagi pun tempat selesa dan bersih, servis pula terbaik dan pantas. Untuk lunch, aku dan isteri ambil nasi campur. Anak-anak pula order western.

So kalau datang JB, buleh la try singgah di restoren Singgah Selalu. Tak payah pening-pening pasal nak cari makanan di JB. Di sini semuanya ada.. 

Singgah Selalu Restaurant 
36-F, Jalan Skudai, Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor 
Phone:07-237 7255 
Hours:Open 24 hours

  


Sunday, January 25, 2015

Semalaman di Grand Lexis, Port Dickson.

Grand Lexis Port Dikson
Grand Lexis Port Dikson 
Pergi Grand Lexis sekali lagi nak? Gempak tempat tu, cantik, kemudahan-kemudahan dan servis yang disediakan pun tip top, ada swimming pool lagi dalam setiap bilik. Cuma aku ade sedikit keraguan dari sudut housekeeping.

Jeng, jeng ,jeng...Bilik banyak tau ( hampir 95% penuh setiap hujung minggu), semuanya lengkap dengan private swimming pool, tapi house keeper in charged pulak dua orang jer per bilik, cukup ke?. Check out pukul satu petang, next check in pukul tiga petang. Ada dua jam je nak bersihkan bilik dan swimming pool tu..sempat ker?...Tak pa lah, kita bersangka baik jer la..five stars, tak kan la diorang ni cincai-cincai jer buat kerja...

Grand Lexis Port Dikson
Grand Lexis Port Dikson
Walaubagaimanapun, tanya aku, memang tak la nak repeat sekali lagi kat tempat ni. Konsep tu bagus, tapi banyak keraguan la dari sudut kebersihan. Tapi ni cuma pendapat aku aje dan pendapat aku tak semestinya tepat. Korang try la dulu, pastu bagi feedback untuk readers SeleraMalaysia.com, ok!..

Satu lagi, kalau nak buat famili gathering kat sini, tak berbaloi rasanya. Kenapa? Sebab,akan booking bilik lebih dari satu, dan pasti ada swimming pool yang tak digunakan, betul tak?....

Alamat: 
Grand Lexis, Port Dickson Batu 2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan 
Tel: 06-653 2000